<body>

Thursday, June 7, 2007

Assalamualaikum. (:

Hari ini merupakan hari yang saya telah pegi mengembara bersama rakan-rakan sedarjah saya dalam kelas bahasa Melayu saya. Pengembaraan ini dinamakan 'Kembara Sastera' oleh disebabkan bahawa bukan sahaja kami mengembara,malah, kami juga melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat kami mempelajari sesuatu seperti membuat sajak kami tersendiri!

Haha, best kan?
Tahu. ((:

Kami berjumpa satu sama lain di Bukit Batok Interchange pada waktu 7 pagi. Tetapi, akhirnya, kami bertolak dalam kira-kira pukul 730-745 pagi. Maklumlah, ada yang lewat, seperti saya! Kebanyakan kami berbekalan roti, air dan ada yang membawa cokolat! Malangnya, pada waktu itu, saya kehilangan suara saya.

Haiyooohs.

Setelah semua tiba, kami pun menaiki bas 852 untuk menuju ke destinasi kami iatu MacRitchie. Apa lagi, saya ambillah kesempatan untuk tidur sewaktu perjalanan itu! Ngantok katakan. Saya sangkakan bahawa perjalanan akan mengambil masa yang lama tetapi tidak. Kami sampai ke destinasi kami dalam masa kira-kira 20 minit sahaja, cepat ya? Ghairah tu ghairah tetapi saya tidak akan menafikan bahawa saya berasa malas untuk mendaki bukit ataupun apa sahaja. Hendak katakan, pada masa percutian sekolah ini, saya asyik-asyik makan,minum,tidur, dan tiba-tiba saya harus pegi mengembara pada pagi itu, 'mane best'?!

Kami semua kelihatan segar pada pagi itu, dan setelah kami diberitahu perkara-perkara yang harus dah tidak harus dibuat oleh Cikgu Muslim, kami pun mulakan pengembara kami...
Sebaik cuaca pada pagi itu tidak begitu panas. Setelah lama berjalan di perhutanan itu, mulalah sesetengah daripada kami yang menyenyeh (saya lah tu!) dan juga yang mempunyai melecet di kaki mereka. Gigitan nyamuk juga membuat saya sedikit bingit kerana ia sungguh sangatlah gatal. Sambil berjalan, kami dapat menikmati suasana alam semula jadi itu, bau dedaunan, tawa di sana sini dan bermacam-macam lagi.

Akhirnya, masa yang kami tunggu-tunggukan. Masa rehat! Haha! Alhamdulillah, akhirnya kami tuju ke sebuah pondok, perhentian pertama kami, dan mula aktiviti pertama kami. Ada rakan saya yang mengambil kesempatan untuk makan bekalan mereka itu. Kami semua juga telah menjumpai seekor ular, sebenarnya Suhastri yang melihat ular itu dahulu. Geli sungguh!

Selepas itu, kami menyambung pengembaraan kami dan melakukan banyak akitiviti di merata tempat di MacRitchie Reservoir. Akitiviti yang paling saya gemari adalah aktiviti yang memerlukan kami untuk mengiklimasikan sajak yang telah kami ubahkan. Dapatlah saya melihat rakan-rakan saya yang ada begitu dramatik, seperti Syakirah, dan kesemua sungguh spontan. Tertawa saya melihat gerak-geri rakan-rakan saya itu.

Haha!

Semasa perjalanan kami, kami menjumpai banyak jenis haiwan. Seperti semut yang sungguhlah BESAR, Raja semut agaknya? Kami juga menjumpai biawak dan monyet. Adalah banyak lagi, terlalu sangatlah banyak. Setibanya kami di tingkat yang tertinggi di Jelutung Tower, kami dapat menikmati pemandangan yang begitulah indah. Pokok yang tinggi, dan berhijauan...

Dan juga, dapatlah saya 'feeling-feeling' tinggikan sekali sekala. (:

Kami memetik banyak gambar sewaktu pengembaraan kami dan saya akan 'upload' gambar itu sebentar lagi. Akhirnya, kami pun mengakhiri pengembaraan sastera kami di sebuah kedai, dengan memuaskan perasaan dahaga kami itu, dengan melakonkan sekali lagi, tetapi kini, kami harus mengiklimasikan sajak kami dengan menyanyikannya, berlakon dan sebagainya. Ketika itu, kami semua sudah letih setelah berjalan jauh dan pada masa itu, saya seperti tidak bersemangat untuk melakukan lakonan sajak saya itu.

Padahal,padahal.

Selepas itu, kami pun beredar dari MacRitchie itu setelah memetik beberapa 'Group Photo'. Walaubagaimanapun, saya tidak akan lupakan kejadian bahawa rakan saya dikejar monyet dan hampir-hampir terpijak biawak.

Lucu betul, lintang-pukang dia lari.

Heees.

Dengan itu, kami pun mengakhiri hari kami dengan bermakan di Pizza Hut, terima kasih kepada Cikgu kami yang sudi belanja kami semua. Terima Kasih!

Salam selamat,
Syaaaaaaaaaaaaah. (:

written at 2:32 PM

Penulis

Nursyahidah Bte Saidi.
16 tahun.
Murid daripada Sekolah Menengah Yusof Ishak.
Selamat Datang(:


suka-s.

kucing.
kawan.
keluarga.
Dan banyak lagi lah kan.


Gambar-gambar



Kembara E-Sastera
Hello.




Kawanku

fahmi
syazlin
aqira
hazlinda
suhastri
diyana
athishah
syakirah
haiqal
izdihar
elyas
syidin
fathin
hakim
faiqah
jenifer
sifra

Muzik please!




CREDITS

zero one two three four