sang kecil membara(:
Friday, June 15, 2007
Inilah contoh-contoh sajak oleh rakan-rakan saya:
Batu-
Kekerasan memancarkan kekuatan.
Berwarna kelabu batu itu,
Berdudukkan sendirian
Menusuk kalbu.
Dedaun-
Gugur dedaun itu.
Kehijauan melambang kesayuan.
Jatuh ke muka bumi,
Hari demi hari.
Bunga Pokok Bakar-
Bunga pokok bakar
Membakar warna kemanisanmu.
Kesucian mendayu-dayu.
Ingatlah aku selalu di lubuk hatimu.
Jambu laut-
Terapung-apung jambu laut,
Memanggil-manggil meminta tolong.
Arus air membawa jauh.
Jauh dari rumahnya yang betul.
(copyrighted Syakirah & Fathin)
Kau menghiasi pepohon,
Pepohon yang tiada tarikan.
Walaupun dirimu tiada harum,
kemuculan kamu tetap mewarnai dedaunan,
Yang agak membosankan.
Kehadiranmu seperti pelangi,
Ketenangan lantas...
Mengelubungi hatiku...
(copyrighted Hazlinda&teman.)
Dan, 'drum rolls'!
Inilah sajak yang dihasilkan oleh Syairah the tinggi dan saya :
(:
Aku adalah dedaunan,
Aku adalah dedaunan yang berhijauan,
Aku adalah dedaunan yang seperti berkilauan,
Aku adalah dedaunan yang memberi nafas hidup bagi setiap kehidupan,
Aku adalah,
hanya...
Dedaunan.
Leraikan aku,
Dan aku jatuh seribu,
Tiup ku daripada tapak tanganmu,
Dan ku terbang, tanpa sebarang sayap apapun,
Jauh daripadamu, jauh,
Ku terbang dan tidak ku kembali kepadamu...
Aku masih adalah dedaunan,
Tetapi ku kini sudah kering,
Reput dan berputih-putihan.
Aduhai, aku dahulu dedaunan,
Yang berhijauan, berkilauan,
Tetapi,aku masih adalah dedaunan,
Yang setia kepadumu,
Setia kepada kehidupan.
Part 2:
Aku mungkin hanyalah sebatang kayu padamu,
Tetapi pernahkah kau fikir,betapa pentingnya aku?
Aku seperti setiap tulang dalam badanmu,
Ku memberi pegangan kepada setiap dedaunan itu.
Tetapi mengapakah engkau begini?
Mematahkan ku hingga ku seperti,
sebatang kayu yang tidak bererti,
Oh manusia, mengapalah ku begini?
Janganlah deraikan aku,
Janglah musnahkan aku.
Aku hanyalah sebatang pohon kayu.
Sebenarnya, saya telah hilang kertas dimana saya menulis sajak yang dihasilkan oleh kami, tetapi tidak mengapalah, kerana saya telah menggantinya dengan ini. Maaf! (:
Keseluruhannya, saya telah bergembira sepanjang pengembaraan saya itu. Dan saya harap kami dapat pergi ke sebuah pengembaraan sebegini.
Eys, mestilah, pasal 'last-last' Cikgu belanja!
Saya telah mempelajari banyak perihal yang tidak mungkin saya dapat mempelajari dimana-mana sahaja. Ia memang benar-benar sebuah pengalaman 'out-of-class'!
Salam selamat,
Syaaaaaaaaaaaaaah(:
written at 3:16 PM