<body>

Thursday, January 10, 2008

Aku merenung jauh di angkasa yang luas terbentang. Bintang-bintang yang berkelipan dan angin bayu yang bertiupan membuatku hampir terlena dibuai fantasi yang indah. Namun, ternyata keindahan dunia yang fana ini bagai embun di hujung rumput; tidak kekal hanya sementara. Aku kerinduan terhadap datukku yang sudah lama meninggalkan kami dua beradik.

Sambil aku mengira bintang-bintang yang berkilauan, fikiranku membawa aku ke waktu yang dahulu…

“Tuk!” aku terpekik. Dalam sekelip mata,aku terlihat datukku terlentang di jalan raya yang penuh dengan kenderaan. Hatiku berdegap-degup, fikiranku tidak ketenteraman. Apa telah terjadi? Aku sedar. Bahawa, datukku sebenarnya telah meyelamatkan aku daripada dilanggar oleh motosikal itu.
Datukku dihantar ke hospital dan didapati bahawa kakinya itu akan lumpuh.
Kenapakah harus aku tidak ikut nasihat datukku, dan hanya menyemberang tanpa memikirkan keselamatan aku? Kenapakah bukan aku yang dilanggar,tetapi datukku yang sudah meningkat usia? Mengapa? Bermacam soalan bermain di kotak fikiranku, bagaikan irama lagu.

Aku kesal dan bertekad untuk bekerja keras demi masa hadapan aku, supaya aku dapat berjaya dan menolong datukku menyara kehidupan kami sekeluarga pada masa kelak. Aku rasakan bahawa datukku telah banyak berkorban dari segi kewangan dan sebagainya. Tetapi, sumua pengorbanan datukku tidak berakhir di situ. Namun, dia masih berkeras kepala untuk bekerja walaupun aku sudah menasihatinya. Datukku mengambil bermacam-macam perkerjaan tetapi tanpa sekali pun datukku telah mengadu betapa penatnya. Dia pernah sekali memarahi aku apabila aku menyuruh dia berhenti bekerja kerana aku ingin mengambil alih tugasnya, aku rasakan bahawa aku sudah cukup usia untuk bekerja dan menyara kehidupan kami sekeluarga. Katanya, bahawa aku dan adikku masih adalah tanggungjawabnya,dan tida sesiapa pun termasuk aku,akan mengambil ailh tanggungjawabnya itu.

Dengan berkat doa datukku dan yang maha esa, aku dan adikku telah berjaya untuk membangunkan sebuah syarikat. Alhamdullillah. Kami berdua semakin sibuk dengan kerja kami,hinggakan kadang-kala, kami sampai tidak berbicara bersama datukku. Aku sering melihat datukku mengurut kakinya yang sudah lumpuh,tetapi aku tidak menghiraukannya. Lama-kelamaan, perhubungan antara kami bertiga renggan – tiada kommunikasi antara sebarang pihak.

Suatu hari, adikku menelefon aku sewaktu aku sedang berehat. ’Bang,hari ini hari jadi tuk kan? Dah beli hadiah?’ dia menanya. Aku baru sedar tentang hari jadi datukku itu. Aku dengan lekas terus pergi mencari hadiah yang sesuai bagi orang yang dikasihi.

Tetapi,apabila aku pulang,perutku seperti ingin melonjat keluar,hatiku berderaian dalam dadaku. Aku terlihat datukku terbaring di katil dengan sehelai kain putih yang menutup paras mukanya.

’TUK!’ aku berteriakan sekuat-kuat hatiku. Aku menangis. Sekurangnya ,adikku dapat berada di sisi datukku sewaktu dia mengahyati minit-minit terakhirnya,tetapi aku?

Pada ketika itu, aku sedar akan bilalah waktu terakhir aku telah megucapkan terima kasih kepadanya kerana telah meyiapkan makanan dan minuman, menunggu kepulangan aku setiap hari, memberi aku perangsang, menolong aku dalam segi kewangan,fizikal dan mental,memberi hidupku cahaya dan terutama sekali, menyara kehidupan aku dan adikku tanpa beradu. Bilakah akan aku dapat peluang lagi untuk mengucapakan terima kasih kepadanya? Mungkin bila aku menjumpainya pada kehidupanku di seberang.

Pengorbanan datukku akan aku selalu simpan dalam fikiranku. Memori yang indah akan sentiasa aku kenangkan. Datukku,idola ku. Kerjayaan kami dua beradik tidak akan menjadi sebuah realiti tanpa sokongan dan pengorbananmu.Pengorbananmu yang tidak terhingga, tiada apa-apa pun dapat membalas budi dan jasa mu itu,tuk. Datuk, terima kasih atas pengorbananmu selama ini.Akanku sampaikan doa kepadamu. Amin.

written at 6:43 AM

Penulis

Nursyahidah Bte Saidi.
16 tahun.
Murid daripada Sekolah Menengah Yusof Ishak.
Selamat Datang(:


suka-s.

kucing.
kawan.
keluarga.
Dan banyak lagi lah kan.


Gambar-gambar



Kembara E-Sastera
Hello.




Kawanku

fahmi
syazlin
aqira
hazlinda
suhastri
diyana
athishah
syakirah
haiqal
izdihar
elyas
syidin
fathin
hakim
faiqah
jenifer
sifra

Muzik please!




CREDITS

zero one two three four