<body>

Monday, April 28, 2008

Singapura ialah sebuah negara kecil yang banyak bergantung kepada tenaga rakyatnya. Generasi muda hari ini merupakan tenaga baru yang harus dipupuk untuk memikul tanggungjawab yang berat dalam memastikan Singapura terus berkembang pesat di persada antarabangsa pada masa hadapan. Dengan itu, sekolah bagaikan rumah kedua bagi seseorang pelajar. Sekolah merupakan destinasi bagi pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan. Selain itu, disitulah pelajar akan saling mengenali teman-teman pelajarnya yang lain. Sekolah memainkan peranannya untuk mendidik seseorang pelajar. Tetapi,dapatkah pihak sekolah membendung masalah kehamilan di kalangan remaja melalui pendidikan seksualiti? Sebelum kita membuat kesimpulan, marilah kita memusatkan fikiran kita kepada isu yang hangat dan membincangkan sejauh mana kebenaran penyertaan tersebut.

Dalam era globalisasi ini,hal ehwal mengenai seks bukanlah sesuatu yang dianggap sebagai tabu ataupun sesuatu perkara yang disegankan. Malah, lihatlah di sekeliling anda jika di luar sana. Pelajar-pelajar sekolah tidak lagi segan untuk -bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan dengan pasangan mereka. Apatah lagi, sikap berkonservatif bagaikan telah pupus daripada dunia ini. Fenomena yang merupakan satu kebiasaan ini turut menimbulkan masalah kehamilan remaja terutamanya dalam kalangan masyarakat kita.


Dalam membanteras masalah yang mencakar reputasi baik seseorang, pihak sekolah telah mengamil tindakan untuk memperkenalkan pendidikan seksualiti kepada pelajar-pelajar sekolah. Dari pelajar dalam sekolah rendah ke pelajar dalam sekolah menengah, pelajar telah dididik berkenaan seks dah seksualiti. Dengan adanya pendidikan seksualiti ini kepada para pelajar, pelajar-pelajar dapat menghalang diri mereka daripada dilanda dalam masalah seks luar nikah. Bukan hanya ia akan menjejaskan nama seseorang itu, malah, ia juga akan membabitkan nama ibubapanya juga. Selain itu, pelajar akan lebih sedar akan kesan negatif yang dibawa akibat seks luar nikah seperti kehamilan dan penyakit AIDS. Pendidikan seksualiti ini memberi fokus kepada pelajar dan bukan gurunya. Guru hanya membimbing seseorang pelajar menyedari akibat daripada setiap pilihan mereka. Berbekalkan ilmu pengetahuan yang diperolehi dai sekolah, pelajar-pelajar akan lebih terdedah dalam menangani cabaran dan tekanan yang dibawa oleh seksualiti.


Menangani masalah ini tidak akan dapat dibanteraskan dengan bukan hanya pelajar-pelajar dididik tentang seksualiti tetapi ia juga memerlukan kerjasama antara kesemua pihak yang terbabit.

Ibubapa juga memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah ini. Ibubapa merupakan insan yang paling rapat kepada seseorang pelajar. Ibubapa telah mendidik anak mereka sejak mereka kecil lagi. Ibubapa tidak harus bersikap berkonservatif ataupun segan untuk membincangkan tentang isu ini kepada anak mereka. Bukankah ia lebih berkesan jika seseorang pelajar dapat maklumat dan pendidikan seksualiti daripada ibubapa mereka tersendiri yang boleh dipercayai daripada rakan-rakan mereka ataupun lelaman web?


Selain daripada ibubapa, rakan-rakan seseorang pelajar itu juga turut berperanguh dalam hal ini. Rakan-rakan sebaya adalah pengaruh yang paling kuat dalam kehidupan seorang pelajar. Memilih rakan yang betul amatlah penting sekali, Ketika mereka berusia dianatara 13-19 tahun, mereka beranggapan bahawa hanya rakan mereka yang lebih memahami diri dan perasaan mereka. Kesilapan dalam memilih kawan akan mendatangkan masalah yang besar. Ini akan menyebabkan pelajar itu terjerumus ke dalam kancah maksiat. Si remaja akan berfikir bahawa mengamalkan sikap seks luar nikah bukanlah sesuatu yang memalukan diri lagi.


Pendidikan agama dan moral juga penting dalam menangani masalah ini. Ibubapa harus mendidik anak mereka tentang agama dan moral sejak mereka kecil lagi. Justeru, seorang anak itu akan membesar menjadi insan yang berpendirian dan beriman. Dapatlah mereka mengawal nafsu mereka dan dengan itu,dapatlah pendidikan seksualiti membendung masalah kehamilan remaja yang menggugat masyarakat Melayu/Islam di Singapura.


Nursyahidah Binte Saidi (20)
4E1

written at 7:42 AM

Penulis

Nursyahidah Bte Saidi.
16 tahun.
Murid daripada Sekolah Menengah Yusof Ishak.
Selamat Datang(:


suka-s.

kucing.
kawan.
keluarga.
Dan banyak lagi lah kan.


Gambar-gambar



Kembara E-Sastera
Hello.




Kawanku

fahmi
syazlin
aqira
hazlinda
suhastri
diyana
athishah
syakirah
haiqal
izdihar
elyas
syidin
fathin
hakim
faiqah
jenifer
sifra

Muzik please!




CREDITS

zero one two three four